Resepi Kuew Teow Kungfu

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

RESEPI KUEW TEOW KUNGFU
Oleh : Faisal AbdulRahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KUEW TEOW KUNGFU

BAHAN UNTUK KUEW TEOW :

  • 1oo g kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
  • 1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
  • sedikit lada sulah

CARA MENYEDIAKANNYA :

  1. Pecahkan telur, kacau dgn lada sulah & celupkan kueh teow.
  2. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar.
  3. Dah siap angkat dan letak atas pinggan

UNTUK KUAH KUEW TEOW KUNGFU

  1. Isi ayam secukupnya ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
  2. daging batang pinang secukupnya
  3. udang secukupnya
  4. sotong secukupnya
  5. Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
  8. 1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
  9. 2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
  10. 3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
  11. minyak secukupnya untuk menumis
  12. sedikit garam

CARA MENYEDIAKANNYA :

  1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam.
  2. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
  3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
  4. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam )
  5. Kemudian tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
  6. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili.

Resepi-Kuew-Teow-Kungfu2

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.