Resepi Kuih Sepit / Kapit

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi Kuih Sepit / Kapit
Oleh : Nur Jannah

BAHAN-BAHAN :

  • 220 gram tepung gandum
  • 60 gram tepung beras
  • 1 biji kelapa
  • 5 biji telur
  • 250 gram gula halus
  • 500 ml air
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng

CARA-CARA PENYEDIAAN :

  1. Telur dan gula halus di pukul hingga rata.
  2. Ayak tepung gandum bersama tepung beras.
  3. Masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi sebati.
  5. Panaskan minyak bersama dengan acuan kuih kapit.
  6. Tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit kedalam minyak untuk digoreng.
  7. Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
  8. Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.
  9. Buka tudung dan keluarkan isinya untuk dilipat dengan segera.
  10. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.