Breaking News

Resepi Macaron

RESEPI MACARON
Oleh : Nurul Syafiqah Mazelan

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MACARON

  • 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
  • 65g gula castor
  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • pewarna

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MACARON

  • kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak.
  • Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm.
  • Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.
  • Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu.
  • Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak.
  • Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.

Langkah 1

  • Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan

Langkah 2

  • Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  • Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit).
  • Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental).
  • Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
  • Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur.
  • Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje.
  • Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  • Kemudian boleh lah kita letak pewarna.
  • Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3

  • Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.

Langkah 4

  • Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
  • Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
  • Rehatkan macrons lebih kurang 30 – 45 mint. Pastikan macaron benar-benar kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
  • Panaskan oven 150C -k ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
  • Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 – 20 minit.
  • Setelah masak, letakkan macroons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!

resepi-macaron

PERHATIAN :

  • Dalam membuat macaron ini prosesnya sangat rumit kerana semua alatan dan bekas yang digunakan perlu BETUL-BETUL KERING!
  • FAKTA : 6 biji Macaron diluar negara berharga kira-kira RM 98.00 dan di Malaysia sekitar RM 20 untuk 6 biji

UNTUK TEMPAHAN SET MACARON BOLEH SMS ‘MACARON’ ke 014-319 3592
p/s: Sementara Stok masih ada

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 2.95 ( 3 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.