Resepi Meatball ala Ikea

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

[highlight]RESEPI MEATBALL ALA IKEA | Oleh : Hidayatul Hafiza[/highlight]

BAHAN-BAHAN MEATBALL ALA IKEA:

  • 400gm Daging Cincang Ramly (1paket)
  • Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
  • Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur – di pukul sedikit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • ¼ cawan susu segar
  • Sedikit minyak untuk mengguli
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MEATBALL ALA IKEA :

  1. Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam.
  2. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrumb itu.
  3. Sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey..
  4. Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat.
  5. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
  6. Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
  7. Saya kukus terlebih dahulu kemudian goreng dgn butter skit guna non-stick pan..

BAHAN-BAHAN UNTUK GRAVY MEATBALL ALA IKEA:

  • 1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji tomato besar- di potong dadu
  • 1 1/2 cawan air sejuk, *
  • 100ml susu segar/susu cair *
  • 3 sudu sos tomato *
  • 3 sudu sos tiram *
  • 2 sudu kicap manis *
  • 2 sudu lada hitam *
  • 1 cube pati daging*

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT GRAVY MEATBALL ALA IKEA:

  1. 1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
  2. 2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
  3. 3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
  4. 4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomato itu tadi hancur – jika ikut resepi diatas dgn betul rasa gravy nya da perfect x pyh tmbah garam..

SAYUR UNTUK HIASAN MEATBALL ALA IKEA :

  • Brokoli – dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais (tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut). Cubitkan sedikit garam untuk rasa..

#bole dihidangkan bersama kentang goreng..
#kalau nak pkai meatball readymade beli brand Azmy atau Marina goreng tanpa minyak..

[divider]

JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

1 Comment

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.