Resepi Mee Udang

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

[highlight]RESEPI MEE UDANG[/highlight]
Oleh :Salami Simon

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MEE UDANG

  • 500gm mee kuning
  • 15 batang sayur kangkung
  • 3 keping fish cake
  • 15 biji bebola ikan – Amie tambah
  • 100 gm udang
  • 100gm isi ayam
  • 3 biji telur rebus

NOTA : Celur kesemua bahan di atas dan kemudian potong ikut citarasa.

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL

  • 100 gm cili kering
  • belacan – goreng terlebih dahulu
  • 3 ulas bawang putih
  • 100 gm udang kering
  • garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT SAMBAL

  • Goreng semua bahan sambal tanpa minyak kemudian dikisar halus.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT KUAH MEE UDANG

  • 1 kg kulit udang – dibasuh dan ditoskan
  • 50 gm ikan bilis – digoreng
  • 5 ulas bawang putih diketuk-ketuk
  • 3 inci halia
  • sedikit gula batu
  • garam secukup rasa

CARA-CARA UNTUK BUAT KUAH MEE UDANG

  • Kulit udang digoreng dengan menggunakan setengah cawan minyak. Kisar kulit udang dengan air dan tapis – Amie gunakan 1 liter air.
  • Kisar ikan bilis hingga halus.
  • Masukkan kesemua bahan kuah ke dalam periuk bersama sambal.
  • Masak sehingga pekat.
  • Hidangkan mee kuning serta bahan sampingan, dan kemudian tuangkan kuah ke atasnya.
  • Sedia untuk dinikmati.

[divider] 

 JANGAN LUPA SHARE,KOMEN DAN UNDI RESEPI INI 

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.