fbpx

Resepi Muffin Datin (versi acuan rose)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Muffin Datin (versi acuan rose)

BAHAN : (A)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam

BAHAN : (B)

  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur saiz besar – suhu bilik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan santan kotak
  • 1/4 cawan minyak
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 cawan cranberries kering
  • 2 pewarna ikut suka

Cara Penyediaan :

  1. Ayak (A) , ketepikan.
  2. Satukan (B) & gaul hingga sebati.
  3. Satukan (A) & (B). Gaul hanya sekadar bergaul. Jika bergentel pun tidak mengapa. Jgn terlebih gaul.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Warnakan.
  5. Sudu adunan kedalam acuan ikut kreativiti (isi paras 3/4) & kukus didalam pengukus yg telah mendidih airnya (api besar) selama 20 – 25 minit atau sehingga masak bergantung pada size acuan.

** Masa masuk kan tepung gaul hanya sekadar bergaul kerana setelah adunan dicampur dgn warna, tentunya kita akan gaul lagi hingga warna sebati. Jgn terover menggaul.
** Acuan harus disapu dgn minyak dahulu sebelum digunakan.


TEMPAHAN ACUAN ROSE!
Untuk Tempahan Acuan Rose sila Whatsapp/ sms ke 019-993 4185
*SEMENTARA STOK MASIH ADA

acuan-rose-mawar-murah

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.