RESEPI NASI AYAM BANGKOK

Oleh : Nur Alwanie

BAHAN-BAHAN UNTUK RESEPI NASI AYAM BANGKOK :

  • Ayam (seekor)-potong ikut suka
  • Beras 3 1/2 tin susu
  • garam
  • gula
  • 5 sudu besar minyak utk menumis  (lihat cara memasak nasi dibawah)

BAHAN TUMBUK : (UNTUK BUAT PASTE NASI AYAM) – masak dalam periuk lain

  • 1 biji buah pala (ketuk amik isi saja)
  • 1/2 inci halia, 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh jintan putih, 2 sudu teh jintan manis
  • 8 biji bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 4-5 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kelopak bunga lawang

CARA BUAT PASTE NASI AYAM BANGKOK :

  • Panaskan minyak
  • masuk bahan tumbuk tadi
  • Bila pecah minyak
  • masukan air
  • biar hingga mendidih (Jangan terlalu cair atau pekat)

CARA MASAK NASI AYAM BANGKOK :

  • Masukkan paste nasi, ketulan ayam, garam serta gula dlm periuk berisi beras, jerang hingga masak.
  • Satukan semua bahan-bahan ini dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • Caranya seperti memasak nasi arab, ayam dimasukkan bersama-sama beras. ( Ayam lebih lembut dan sebati dgn nasi)

BAHAN UNTUK SAMBAL NASI AYAM BANGKOK :

  • 20 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • Seulas bwg putih
  • 1 1/2 biji air asam limau nipis
  • 2 camca besar air

CARA BUAT SAMBAL NASI AYAM BANGKOK :

  • Tumbuk cili padi, cili merah dan bwg putih.
  • Kemudian masukkan air asam limau, garam, gula serta air.
  • Gaul sebati. (klu malas blend aje..)

BAHAN UNTUK  BUAT ACAR KOBIS NASI AYAM BANGKOK :

  • Bawang besar sebelah-potong nipis
  • kobis sejurai- potong panjang
  • cili merah-potong serong
  • daun bawang-potong anggaran satu inci,
  • gula
  • garam
  • cuka
  • air

CARA-CARA UNTUK  BUAT ACAR KOBIS NASI AYAM BANGKOK :

  • Gaul bwg besar, kobis,cili merah dan daun bawang.
  • Bancuh gula, garam, cuka dan air.
  • Gaul bersama bahan diatas ( acar ni tidak dimasak cuma gaulkan aje…)

ULAM-ULAMAN UNUTK NASI AYAM BANGKOK :

  • timun dan salad

* Ayam boleh diganti dengan daging. Cukup untuk 4-6 orang makan.

siap! selamat mencuba..

TINGGALKAN KOMEN