Resepi Nasi Kerabu

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi Nasi Kerabu

BAHAN & CARA UNTUK MEMBUAT NASI KERABU
BAHAN UNTUK NASI

  • 4 cawan beras wangi
  • 10 kuntum bunga telang – masak bersama 4 cawan air dan tapis
  • 3 helai daun limau purut – siat-siat

CARA UNTUK MASAK NASI

  1. Campurkan beras, daun limau purut dan air bunga telang ke dalam rice cooker.
  2. Tekan suiz dan biarkan masak seperti nasi biasa.

BAHAN & CARA BUDU TUMIS
BAHAN-BAHANNYA :

  • 10 biji cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 200ml santan pekat
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 cawan budu
  • garam dan gula melaka
  • minyak

CARA-CARANYA

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Tumis kesemua bahan di atas sehingga pecah minyak.

BAHAN & CARA UNTUK SAMBAL KELAPA

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • 1/2 sudu teh lada putih – tumbuk

CARA-CARANYA

  1. Bersihkan ikan dan bakar.
  2. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang.
  3. Tumbuk kelapa supaya kelihatan lebih halus.
  4. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga halus halus.
  5. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat.
  6. Campur sekali ikan dan bawang, dan goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  7. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan lada putih, garam dan gula. Gaul hingga sebati.

BAHAN & CARA UNTUK SOLOK LADA
BAHAN-BAHANYA

  • 10 biji lada hijau (kalau tak ada hijau, merah pun boleh) – belah dan buang biji
  • 1 cawan kelapa parut putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • sedikit lada hitam
  • 2 ekor ikan kembung saiz besar – ambil isi sahaja
  • sedikit garam / gula / perasa pilihan

CARA-CARANYA 

  1. Tumbuk bawang, lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
  2. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan.
  3. Sumbatkan ke dalam lada.

[NOTA] Lauk-pauk dan bahan sampingan untuk Nasi Kerabu:
ikan goreng salut tepung
keropok ikan
telur masin
pelbagai hirisan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kubis, taugeh, serai, bunga kantan dan sebagainya.
4. Kukus hingga masak.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

1 Comment

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.