Breaking News

Resepi Oat Choco Homemade

RESEPI OAT CHOCO HOMEMADE
Oleh : Nur Jannah

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua sahabat BukuResepi dan pelawat Web BukuResepi.com

Dah lama BR (BukuResepi) resepi untuk membuat oat choco ini, Alhamdulillah akhirnya terjumpa juga malah ia tidak la susah untuk buat sendiri dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk dibeli dipasaraya, Admin BR namakan sebagai OAT CHOCO HOMEMADE sebab ia dibuat di rumah hehehe..

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT OAT CHOCO

Dalam membuat oat choco homemade ini, sukatan yang diperlukan tidak tetap mengikut kuantiti cuma dalam pembuatan kali ini admin BR akan memberikan sukatan mengikut citarasa sendiri

  • 100 gram Nestum
  • 100 gram Quakeroat
  • 100 gram Beryl’s White Chocolate Compound / coklat compound putih

bahan-oat-choco

 

CARA MEMBUAT OAT CHOCO

  1. Sediakan Quakeroat & Nestum sama banyak (jika anda mahu buat banyak, boleh cuba tambahkan kuantiti nestum & Quakeroat)
  2. Cairkn Beryl’s White Chocolate Compound secara doublae boiler atau kukus (Boleh juga guna Coklat Compound Putih)
  3. Bila Coklat Putih dah cair, boleh lah campurkan dalam campuran Quakeroat & Nestum tadi
  4. Gaul Quakeroat & Nestum dan Coklat Putih menggunakan sudu kayu dan gaul hingga sebati
  5. Kemudian ratakan adunan dalam Loyang atau bekas acuan yang anda mahukan dan lapik dengan plastik. (untuk memudahkan ia dikeluarkan dan tidak melekat)
  6. Kemudian sejukkan dalam freezer dlm 3-5minit keluarkan dan potong. (tidak mahu letakkan dalam freezer pun boleh)

oat-choco-homemade

NOTA : Jika tidak mahu letakkan dalam peti sejuk pun boleh sebab coklat compound akan mengeras.

Psstt.. Percubaan pertama tidak semestinya akan menjanjikan hasil yang baik tetapi olahan sendiri juga diperlukan. Jangan lupa komen kat bawah dan berikan pendapat dan pandangan anda. Mungkin ada petua dan tips atau apa sahaja yang boleh anda kongsikan bersama admin dan sahabat-sahabat di facebook BUKURESEPI 

PERSOALAN : Macam mana nak buat bentuk seperti OAT CHOCO tersebut? Untuk membuat bentuk seperti OAT CHOCO anda boleh menggunakan loyang seperti gambar dibawah.

loyang-oat

HARGA :
1 pcs RM 50 (Free Pos)
2 pcs RM 80 (Free Pos)

Review Overview

UNDI RESEPI INI

Berikan Undi Untuk Resepi Ini

User Rating: 3.73 ( 84 votes)

64 comments

  1. hello.. saya mahu tanya, quakeroat original belum masak punya kan? jadi,semua bahan campur.sebati terus boleh makan? ataupun perlu bake dalam oven?

    • quakeroat original biasanya boleh terus dimakan tanpa dibakar, jika nak bakar pun boleh tapi pastikan bakar sebelum campurkan dengan coklat.. nanti cair coklat kalau bakar

  2. Saya nak buat ni… boleh guna quaker oat yg kaler biru ker?

  3. TQVM BR. Semuga sentiasa mendpt keberkatan Allah.

  4. Trima kasih….

  5. hai,hai,dlm resepi ni oatnya perlu di bakar dulu atau tidak?

  6. oatnya x perlu di bakar dulu ke? sbb kalau lihat oat tu kalau x bakar mcm x ranggup aje..

  7. baru dapat resipi ni. excited sgt2 nk cuba ni… kalau menjadi, adalah habuan anak bwk balik hostel esok.

  8. Ada beza tak kalau guna nestum 3 in 1?

  9. Sabrina Basari

    Saya da buat ikut resepi ni…bile ltk dlm acuan ok tp bile nk mkn jer berderai…hihi..pelik plk nape die xnk keras…dua kali da buat ni…hihi

  10. Bleh guna coklat masakan x? Apa beza coklat cmpound n mskan? Saya tak jmpa lah cklat cmpound tuh. Hihihi

  11. coklat compound dengan coklat masakan tak sama ke ? apa bezanya ya ? saya try search kat google perbezaan coklat masakan dan compound tapi kebanyakannya keluar perbezaan coklat couverture dan compound lol @_@

  12. tahan brape lama ye kalau simpan kat lua..

  13. Assalam admin,pakai coklat masakan xleh eh sbb sy cuba buat,rasa mmg sedap tp dh ltk 200 gm pn xckup…lg 1 nk tnya,oat choco ni thn brapa lama n kena simpan dlm bekas kedap udara ke utk thn lebih lama…tq admin love u muah

  14. rasanya reseipi kena tambah cocoa butter 50 gram.

  15. Maaf saya budak baru blaja..nk tny nape kne gaul dgn sudu kayu?plastik ke besi ke xle?

  16. btw masa dah campur quaker oat + nestum + coklat tu bila gaul dia akan jadi lembik-lembik mcm cair or dia akan jadi mcm serbuk jugak?

    sbb saya campur kan adunan dan gaul-2 lepastu coklat dia mcm cepat sangat keras sebab banyak quakeroat dengan nestum yang melekat kat coklat tu and lastly bila dah sebati dia jadi macam serbuk je.

  17. admin saya dah try buat tapi tak jadi keras lah bila masuk dalam freezer. jadi hancur dan saya makan mcm serbuk je XD kenapa ya? saya letak 100g quakeroat 100g nestum dengan 150g coklat

  18. Sy buat ikut resipi 50g xjadi.so sy try 100gm n sy guna dark choc bar tmbh air pns sikit.tp bila msuk fridge jd keras sgt.so pas ni sy nk try bkr pulak.tp sbb jgk..leh jd alternatif way utk lebihan oat yg x abis mkn.hihi

    • jika bakar coklat tersebut akan cari. satu lagi coklat compound jangan letak air walaupun setitik sbb ia tidak tahan dan cepat berkulat. Tak perlu masukkan dalam peti sejuk pun takpe sbb coklat compound akan mengeras sendiri

  19. Btul ke 50gm white choc? Sgt skt compare nestum oat 200gm

  20. Wah.. X sangka seng je resepi ni.. Selama ni beli je.. Tq BR..

  21. Tq admin BR 🙂

  22. fauziah othman

    tqvm…share respi ni…

  23. Kebetulan di rumah memang ada oats, nestum dan chocolate compound (cuma ada dark & strawberry) so saya campurkan je kedua chocolate tersebut…maka choco oats saya berwarna gelap dengan perisa strawberry 😀
    *Memang senang nak buat*

  24. Saya dh buat..mmg terbaik la..anal suka sgt

  25. Insyaallah nak cuba gak…nak tanya yang compund white coklat tu sama x dengar coklat bar??saya ni x expert bab memasak tapi semangat nak memcuba tu ada =)

  26. Lepas dh potong tu xyah simpan dalam fridge kan?

  27. Saya dah buat tp ada tambah sikit la dia punya bahan..hehe! Dan terus buat entri kat blog..hehe.. TQ Buku Resepi. 🙂

  28. thanks BR kongsi resepi ni…. nti nk try buat…… saya share ye BR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.