RESEPI OAT CHOCO HOMEMADE
Oleh : Nur Jannah
Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua sahabat BukuResepi dan pelawat Web BukuResepi.com
Dah lama BR (BukuResepi) resepi untuk membuat oat choco ini, Alhamdulillah akhirnya terjumpa juga malah ia tidak la susah untuk buat sendiri dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk dibeli dipasaraya, Admin BR namakan sebagai OAT CHOCO HOMEMADE sebab ia dibuat di rumah hehehe..
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT OAT CHOCO
Dalam membuat oat choco homemade ini, sukatan yang diperlukan tidak tetap mengikut kuantiti cuma dalam pembuatan kali ini admin BR akan memberikan sukatan mengikut citarasa sendiri
- 100 gram Nestum
- 100 gram Quakeroat
- 100 gram Beryl’s White Chocolate Compound / coklat compound putih
CARA MEMBUAT OAT CHOCO
- Sediakan Quakeroat & Nestum sama banyak (jika anda mahu buat banyak, boleh cuba tambahkan kuantiti nestum & Quakeroat)
- Cairkn Beryl’s White Chocolate Compound secara doublae boiler atau kukus (Boleh juga guna Coklat Compound Putih)
- Bila Coklat Putih dah cair, boleh lah campurkan dalam campuran Quakeroat & Nestum tadi
- Gaul Quakeroat & Nestum dan Coklat Putih menggunakan sudu kayu dan gaul hingga sebati
- Kemudian ratakan adunan dalam Loyang atau bekas acuan yang anda mahukan dan lapik dengan plastik. (untuk memudahkan ia dikeluarkan dan tidak melekat)
- Kemudian sejukkan dalam freezer dlm 3-5minit keluarkan dan potong. (tidak mahu letakkan dalam freezer pun boleh)
NOTA : Jika tidak mahu letakkan dalam peti sejuk pun boleh sebab coklat compound akan mengeras.
Psstt.. Percubaan pertama tidak semestinya akan menjanjikan hasil yang baik tetapi olahan sendiri juga diperlukan. Jangan lupa komen kat bawah dan berikan pendapat dan pandangan anda. Mungkin ada petua dan tips atau apa sahaja yang boleh anda kongsikan bersama admin dan sahabat-sahabat di facebook BUKURESEPI
PERSOALAN : Macam mana nak buat bentuk seperti OAT CHOCO tersebut? Untuk membuat bentuk seperti OAT CHOCO anda boleh menggunakan loyang seperti gambar dibawah.
HARGA :
1 pcs RM 50 (Free Pos)
2 pcs RM 80 (Free Pos)
Review Overview
UNDI RESEPI INI
Berikan Undi Untuk Resepi Ini
hello.. saya mahu tanya, quakeroat original belum masak punya kan? jadi,semua bahan campur.sebati terus boleh makan? ataupun perlu bake dalam oven?
quakeroat original biasanya boleh terus dimakan tanpa dibakar, jika nak bakar pun boleh tapi pastikan bakar sebelum campurkan dengan coklat.. nanti cair coklat kalau bakar
Saya nak buat ni… boleh guna quaker oat yg kaler biru ker?
boleh jer, mesti ade kelainan dan ia pasti menarik.. jangan lupa kongsikan result nya
TQVM BR. Semuga sentiasa mendpt keberkatan Allah.
amin..semoga mendapat manfaat 🙂
Trima kasih….
hai,hai,dlm resepi ni oatnya perlu di bakar dulu atau tidak?
terpulang nak bakar atau tidak
oatnya x perlu di bakar dulu ke? sbb kalau lihat oat tu kalau x bakar mcm x ranggup aje..
nak bakar kena bakar sebelum campur coklat.. kalau campur coklat cair nanti
baru dapat resipi ni. excited sgt2 nk cuba ni… kalau menjadi, adalah habuan anak bwk balik hostel esok.
Ada beza tak kalau guna nestum 3 in 1?
tak pasti la
Kalau guna nestum 3 in 1 jadi sangat manis..saya pernah cuba..bukan sengaja tapi tersalah beli nestum, tak nampak plak depan pek tu tulis 3 in 1..nak cepat katakan hehe..
hehehe.. kurangkan manis dalam makanan, tmbahakan manis dalam senyuman.
Saya da buat ikut resepi ni…bile ltk dlm acuan ok tp bile nk mkn jer berderai…hihi..pelik plk nape die xnk keras…dua kali da buat ni…hihi
macam mana boleh jadi macam tue?
Bleh guna coklat masakan x? Apa beza coklat cmpound n mskan? Saya tak jmpa lah cklat cmpound tuh. Hihihi
coklat compound nie banyak dikedai jual barangan buat kek. nak guna coklat masakan boleh tapi mungkin rasanya lain
coklat compound dengan coklat masakan tak sama ke ? apa bezanya ya ? saya try search kat google perbezaan coklat masakan dan compound tapi kebanyakannya keluar perbezaan coklat couverture dan compound lol @_@
coklat compound dengan coklat masakan tidak sama..
tahan brape lama ye kalau simpan kat lua..
tak pasti la, maybe seminggu tapi better jika nak buat berniaga ambik tempahan terlebih dahulu sebelum buat
Assalam admin,pakai coklat masakan xleh eh sbb sy cuba buat,rasa mmg sedap tp dh ltk 200 gm pn xckup…lg 1 nk tnya,oat choco ni thn brapa lama n kena simpan dlm bekas kedap udara ke utk thn lebih lama…tq admin love u muah
ada beza pakai coklat compound dan coklat masakan..
rasanya reseipi kena tambah cocoa butter 50 gram.
oh.. ada penambahan cocoa butter?
Maaf saya budak baru blaja..nk tny nape kne gaul dgn sudu kayu?plastik ke besi ke xle?
zue, tak pasti la..tapi yang admin tahu ada sesetengah bahan alah dengan penggunaan besi dan plastik
btw masa dah campur quaker oat + nestum + coklat tu bila gaul dia akan jadi lembik-lembik mcm cair or dia akan jadi mcm serbuk jugak?
sbb saya campur kan adunan dan gaul-2 lepastu coklat dia mcm cepat sangat keras sebab banyak quakeroat dengan nestum yang melekat kat coklat tu and lastly bila dah sebati dia jadi macam serbuk je.
cuba kurangkan coklat compound tersebut..sbb ia tidak akan menjadi serbuk. satu tips ada yang campurkan dengan cornflakes
admin saya dah try buat tapi tak jadi keras lah bila masuk dalam freezer. jadi hancur dan saya makan mcm serbuk je XD kenapa ya? saya letak 100g quakeroat 100g nestum dengan 150g coklat
kenapa tak keras? jika ikutkan coklat compound jika tidak masukkan dalam peti sejuk pun die akan mengeras sendiri.
Sy buat ikut resipi 50g xjadi.so sy try 100gm n sy guna dark choc bar tmbh air pns sikit.tp bila msuk fridge jd keras sgt.so pas ni sy nk try bkr pulak.tp sbb jgk..leh jd alternatif way utk lebihan oat yg x abis mkn.hihi
jika bakar coklat tersebut akan cari. satu lagi coklat compound jangan letak air walaupun setitik sbb ia tidak tahan dan cepat berkulat. Tak perlu masukkan dalam peti sejuk pun takpe sbb coklat compound akan mengeras sendiri
Btul ke 50gm white choc? Sgt skt compare nestum oat 200gm
dah ubah bahan2nya
Saya dah buat, memang kena tambah chocolate… kalau rasa kurang/berderai, cepat2 cairkan chocolate dan tambah 😀
jika kurang coklat ia tidak cukup utk melekat 🙂
Xjadi pun.
ramai yang buat jadi jer
Wah.. X sangka seng je resepi ni.. Selama ni beli je.. Tq BR..
jgn lupa cuba
Tq admin BR 🙂
welcome hana
tqvm…share respi ni…
welcome fauziah
Kebetulan di rumah memang ada oats, nestum dan chocolate compound (cuma ada dark & strawberry) so saya campurkan je kedua chocolate tersebut…maka choco oats saya berwarna gelap dengan perisa strawberry 😀
*Memang senang nak buat*
nanti kongsikan gambar ye
Admin… tak sempat saya amek gambar :/ tapi ada yang saya dah letak dalam plastik utk diberikan kepada kawan untuk dirasa 😉 Nanti saya amek gambar tapi camna nak post gambar di sini?
nanti emailkan je gambar ke admin[at]bukuresepi.com (gantikan[at] ke pada @)
Saya dh buat..mmg terbaik la..anal suka sgt
ade pic tak? leh kongsikan 🙂
Insyaallah nak cuba gak…nak tanya yang compund white coklat tu sama x dengar coklat bar??saya ni x expert bab memasak tapi semangat nak memcuba tu ada =)
compund white coklat nie ada banyak jenis, kena tanya kedai.. sbb ada mcm2 bentuk
Lepas dh potong tu xyah simpan dalam fridge kan?
tak perlu pun tak pe, cuma mengikut firasat admin, cuba anda bakar selepas siap buat oat choco ini.. mungkin ada perbezaan
Saya dah buat tp ada tambah sikit la dia punya bahan..hehe! Dan terus buat entri kat blog..hehe.. TQ Buku Resepi. 🙂
bagus.. mungkin boleh cuba bakar pula
Kalau dibakar kan tak cair ke coklat tu?
hmm.. ye tak ye jugak kan
thanks BR kongsi resepi ni…. nti nk try buat…… saya share ye BR
welcome 🙂