Resepi Soto Ringkas

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi Soto Ringkas

BAHAN-BAHAN & CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOTO RINGKAS

BAHAN UNTUK KETUPAT :

  • 2 bungkus ketupat segera bersaiz besar
  • 2 helai daun pandan
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN KETUPAT :

  • Ketupat segera direbus bersama-sama dengan daun pandan di dalam periuk berisi air sehingga masak.

BAHAN UNTUK SAYUR

  • Sayur sawi secukupnya
  • Taugeh secukupnya
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN SAYUR

  • Saya tak sediakan banyak sayur coz suami saya tak suka makan sayur.
  • Jadi sayur sawi dan taugeh ni saya rebus dalam air mendidih yang dibubuh sedikit garam untuk mengekalkan kesegaran dan warnanya.

BAHAN UNTUK KUAH SOTO

  • 3 biji bawang putih – ditumbuk lumat
  • 1 ruas halia sebesar ibu jari – ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil ketumbar – ditumbuk lumat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 biji bunga cengkih – dibasuh bersih
  • 2 biji buah pelaga – dibasuh bersih
  • 1 kerat kayu manis – dibasuh bersih
  • 2 biji bunga lawang – dibasuh bersih
  • Bebola lembu / daging ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA BUAT KUAH SOTO

  • Penuhkan setengah periuk dengan air dan dimasak pada api yang sederhana besar.
  • Masukkan sekali semua bahan yang telah ditumbuk lumat dan rempah 4 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang).
  • Biarkan kuah mendidih. Apabila kuah telah mendidih, masukkan bebola lembu atau daging ayam.
  • Biarkan bebola atau ayam masak sepenuhnya. Akhir sekali, masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Biarkan kuah mendidih untuk kali terakhir. Hidangan sudah boleh disantap.

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP

  • 10 biji cili merah – dibasuh dan dipotong kepada 2 bahagian
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Kicap manis secukupnya
  • Kicap masin secukupnya
  • Sedikit air limau nipis
  • Sedikit air (kalau perlu)

CARA PENYEDIAN SAMBAL KICAP

  • Kisar semua bahan tersebut.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply