Resepi Sotong Goreng Oregano

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Resepi Sotong Goreng Oregano

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT SOTONG GORENG OREGANO

  • 1 kg sotong – bersihkan – buang mulut dan mata serta isi dalam sotong – potong ikut suka – toskan hingga kering
  • 2 cawan serbuk roti
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 biji telur gred double A
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
  • minyak

BAHAN TUMBUK :

  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1 sudu teh lada putih

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT SOTONG GORENG OREGANO

  1. Satukan sotong bersama bahan tumbuk, tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk oregano dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa.
  2. Pecahkan telur dan gaul bersama bahan tadi. Perapkan seketika.
  3. Lumurkan sotong dengan serbuk roti.
  4. Panaskan minyak yang agak banyak untuk goreng tenggelam.
  5. Goreng sotong hingga kuning keemasan atau sehingga masak.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Hidangkan bersama pencicah kegemaran.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.