Roti Arab & Kari Kacang Kuda ala Pakistan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Roti Arab & Kari Kacang Kuda ala Pakistan
resepi Roti Arab : Chef Hanieliza
resepi Kari Kacang Kuda : Chef Fatimah Jasmin @ Paty’s Kitchen
oleh:Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN ROTI ARAB

  • 250ml air (saya guna susu segar)
  • 1 paket yeast
  • 4 cawan tepung roti
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 6 sudu besar shortening / lemak sayuran (90g)
  • 3 sudu besar yogurt putih (saya tambah)

CARA-CARA MEMBUAT ROTI ARAB

  1. Satukan kesemua bahan & gaul rata hingga bersatu. Kemudian uli hingga rata & elastik. Saya uli selama 15 minit.
  2. Letak dough kedalam bekas bersih yg telah disapu minyak sedikit. Kemudian tutup dengan plastik cling wrap. Biarkan dough berganda (45 minit).
  3. Setelah dough sedia, tumbuk untuk keluarkan angin kemudian bahagi dough kepada beberapa bahagian kecil kemudian leperkan & letak kan keatas dulang pembakar yg telah disapu minyak sedikit.
  4. Biarkan dough rehat (lebih kurang 15 minit). Setelah sedia, letak kan dough keatas kuali tidak lekat (non stick pan).
  5. Panaskan menggunakan api kecil & tutup kuali. Masak kedua belah permukaan hingga garing / kecoklatan.

BAHAN-BAHAN KARI KACANG KUDA

  • 200g isi ayam dipotong dadu
  • 1 tin kacang kuda – tos airnya & 1/3 bahagian dilecek
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato – dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar – dipotong dadu
  • 3 biji lada hijau – dihiris nipis
  • 1 tangkai daun ketumbar – dicincang
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar yogurt
  • 3 sudu besar minyak masak garam secukup rasa *
  • 1 paket serbuk kari daging babas *
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk halus *
  • 2 inci halia – ditumbuk halus

CARA-CARA MEMBUAT KARI KACANG KUDA

  1. Satukan kesemua bahan bertanda * hingga menjadi pes.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, daun kari hingga layu & naik bau.
  3. Masuk kan rempah pes & tumis hingga pecah minyak.
  4. Masuk kan ayam, tomato & daun ketumbar. Masak seketika.
  5. Masuk kan air & renehkan.
  6. Masuk kan yogurt, kacang kuda & garam secukup rasa. Gaul rata & biarkan hingga naik minyak.
    * Boleh ditambah air sekiranya anda inginkan berkuah.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.