Roti Boy

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

ROTI BOY

BAHAN BAHAN
(12 ketul saiz sederhana)

Bahan filling

  • 50g mentega – disuhu bilik
  • 50g cream cheese – disuhu bilik (saya tambah)
  • sedikit esen vanilla
  • 50g gula perang (light brown sugar)

Bahan topping

  • 50g mentega – disuhu bilik
  • 40g gula icing
  • 1 biji telur – dipukul sedikit
  • 1 1/2 sudu besar kopi (saya guna espresso) – dibancuh 1 sudu besar air
  • 50g tepung gandum

Bahan doh roti

  • 250g tepung gandum / tepung roti
  • 35g gula kastor
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil bread improver – ABM tambah
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering
  • 1/2 biji telur – dipukul sedikit
  • 135ml susu segar – disuamkan lebih kurang 45℃
  • 30g mentega – disuhu bilik

CARA-CARA:


Filling

  1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
  2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
  3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

Topping

  1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

Doh Roti

  1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.
  2. Didalam mixer (nak guna tangan pon bole), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.
  3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit).
  4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.
  5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.
  6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.

PENYEDIAAN :

PicMonkey Collage

  1. Ambil doh yg diperap tadi.
  2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
  3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti kedalamnya.
  4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
  5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
  6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya (rujuk gambar).
  7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi kedalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit. saya bakar selama 17 minit. Ikut oven masing2.
  8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.