Roti Perancis
Oleh : Noor Abdul Rahim
Hari saya nak habaq cara mudah buat roti perancis tanpa menguli (sesuai untuk kawan-kawan yg baru nak belajar meroti). Makan masa sedikit tapi hasilnya sebijik french baguette! silakan pada yg sudi smile emoticon
BAHAN-BAHAN :
- 4 cawan tepung gandum (500g) – diayak dahulu untuk buang yg bergentel
- 1 1/2 cawan air masak putih (tak perlu suam)
- 1 3/4 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil yeast segera
CARA-CARANYA
- Campur yeast & air. Gaul rata (tak perlu tunggu berbuih).
- Campur tepung bersama garam. Gaul rata.
- Masuk kan air yeast, gaul hingga bersatu & sebati.
- Bulatkan dough & pindahkan ke bekas bersih yg telah diminyak kan sedikit supaya dough tak melekat.
- Tutup dengan plastic cling wrap & tutup kan dengan tuala kering (tea towel) & di masuk kan kedalam oven yg tidak panas semalaman atau sekurang-kurangnya 12 hingga 14 jam.
- Setelah semalaman & dough dah mengembang (2 kali ganda), keluarkan dough dari bekas.
- Bahagikan dough kepada 4 bahagian sekiranya nak buat roti perancis kecil. Atau bahagikan dough kepada 2 bahagian sekiranya nak buat roti perancis panjang.
- Roll dough memanjang serupa roti perancis & letak kan diatas dulang pembakar yg telah diminyak kan sedikit supaya dough tak melekat.
- Rehatkan dough, tutup dengan kain bersih selama 1 sebelum process selanjutnya.
- Setelah siap untuk dibakar, torehkan atas nya sedikit kemudian renjiskan sedikit air pada dough. Sedikit aje!
- Panaskan oven pada suhu 210 darjah celcius. Letak kan 1 bekas air (gunakan loyang kek pun boleh) dibahagian base oven.
- Bakar roti didalam oven yg telah dipanaskan selama 15 minit. Setiap 5 minit dulang roti ditarik keluar & renjiskan sedikit air pada roti & dimasuk kan semula kedalam oven. (Bakar rak tengah, api atas bawah).
** Kepada yg dah expert tu boleh lah buat roti perancis cara biasa ya, tak yah tunggu lama.