Sherbet Lime & Coconut Butterscotch (mudah)

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sherbet Lime & Coconut Butterscotch (mudah)

bahan-bahan Coconut Butterscotch :

  • 80g butter
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1/2 sudu besar air
  • 80ml santan kotak

cara-cara :

  1. Masak butter & brown sugar & air, dikacau rata. Biarkan mendidih selama 5 minit, sesekali dikacau (api jgn besar nanti hangus).
  2. Setelah matikan api, tuang santan perlahan-lahan sambil kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

bahan-bahan Sherbet Lime :

  • 1 1/4 cawan dairy whipping cream – sejuk
  • 1/2 cawan susu segar (susu kotak)
  • 3/4 cawan pekat manis
  • 1/3 cawan rata jus perahan dari limau nipis
  • pewarna hijau secukupnya

cara-cara : 

  1. Pukul whipping cream, susu segar & susu pekat manis hingga kembang & agak kental (jgn sampai bertanduk)
  2. Masuk kan jus limau nipis (jgn tuang semua, sesuai kan ikut citarasa anda. Kalau ikut saya, cukup 1/3 cawan)
  3. Masuk kan pewarna secukupnya, gaul hingga jus limau & pewarna sebati.
  4. Masuk kan sedikit bahagian kedalam bekas, kemudian tuang atau drizzle kan coconut butterscotch. Selang selikan antara sherbet & sos hingga selesai.
  5. Tutup bekas & simpan didalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dimakan.
Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.