Sinful Chocolate Muffins

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sinful Chocolate Muffins
Oleh : Noor Abdul Rahim

BAHAN-BAHAN UNTUK MUFFINS

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • * 3/4 cawan gula halus
  • * 1 biji telur – suhu bilik
  • * 1/4 cawan yogurt putih rendah lemak
  • * 3/4 cawan susu segar (susu kotak)
  • * 1/3 cawan minyak jagung/canola/sayuran
  • * 1/4 sudu kecil garam
  • * 1 sudu kecil esen vanila
  • 3/4 cawan chocolate chips

CARA-CARA MEMBUAT MUFFINS

  1. Ayak tepung bersama baking powder & serbuk cocoa. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan yg bertanda * gaul hingga sebati.
  3. Masuk kan tepung & chocolate chips. Gaul rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan & masuk kan kedalam muffin cups atau acuan supaya menutup base.
  5. Pipekan mousse di tengah & kemudian dibubuh lagi adunan tepung hingga menutup mousse.( Jangan diisi hingga penuh nanti membuak apabila dibakar)
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.

Sinful-Chocolate-Muffins-02

BAHAN-BAHAN MOUSSE :

  • 2/3 cawan gula halus
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil serbuk kopi instant
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • secubit garam
  • 2 cawan susu kotak penuh cream
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA MEMNBUAT MOUSSE :

  1. Masak kesemua bahan kecuali butter & esen vanila.
  2. Masak hingga betul betul pekat & matikan api.
  3. Masuk kan butter & esen. Gaul hingga sebati.
  4. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasuk kan kedalam piping bag.

Sinful-Chocolate-Muffins-01

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.