Terma & Syarat

Umum

Dengan menggunakan/atau melayari laman sesawang ini iaitu www.bukuresepi.com, pelawat hendaklah bersetuju dan secara langsung tertakluk kepada Terma dan Syarat ( termasuk Polisi Privasi).

Terma dan Syarat ini akan sentiasa dikemaskini sekiranya perlu tanpa perlu diberitahu kepada pelawat, jadi pelawat hendaklah sentiasa memeriksa laman ini untuk mengetahui Terma dan Syarat yang terkini.

Laman sesawang ini (www.bukuresepi.com) dibangunkan sebagai rujukan umum untuk berkongsi resepi dan maklumat yang berkaitan. Pelawat umum dibenarkan menggunakan laman sesawang ini untuk memperolehi maklumat yang berkaitan.

Isi kandungan di laman ini sesawang ini (www.bukuresepi.com) dalam apa bentuk sekalipun, dimiliki sepenuhnya oleh pemilik www.bukuresepi.com. Isi kandungan di laman sesawang ini tidak boleh sama sekali dihasilkan semula, ditiru, digunakan atau dijual seperti untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada pihak www.bukuresepi.com, kecuali digunakan untuk tujuan peribadi atau tujuan bukan komersial seperti sebagai bahan rujukan atau untuk belajar.

Sekiranya pelawat mendapati isi kandungan di laman ini (www.bukuresepi.com) adalah bercanggah dengan mana-mana pihak atau menyalahi hak cipta terpelihara mana-mana entiti, sila maklumkan kepada kami dengan kadar segera. Pihak kami akan memberi maklum balas secepat yang mungkin.

Penggunaan perkataan di sini seperti kami, laman ini, www.bukuresepi.com, bukuresepi atau admin adalah merujuk kepada pemilik laman sesawang ini.

Pengakuan Liabiliti

Subjek kepada kandungan yang dikongsi oleh pelawat atau pengguna seperti di bawah, usaha yang berkaitan oleh pihak kami telah dilaksanakan untuk memastikan www.bukuresepi.com memberi isi kandungan (contohnya resepi) yang terkini, tepat dan secara jelas dengan maklumat yang berkenaan. Walaubagaimanapun, ralat di dalam kandungan juga mungkin berlaku.

Pihak www.bukuresepi.com tidak memberi apa-apa juga sebarang jaminan terhadap ketepatan, kualiti, kandungan, kesempurnaan atau kesesuaian maklumat dan data di dalam laman sesawang ini. Dalam apa jua keadaan, di mana isi kandungan yang telah dicetak daripada bukuresepi.com menjadi dokumen samada dalam bentuk softcopy atau hardcopy dan didapati berlainan dengan maklumat terkini yang ada di www.bukuresepi.com, maka secara tidak langsung dokumen tersebut dianggap telah lapuk.

Pihak www.bukuresepi.com juga mempunyai hak sepenuhnya untuk membuat perubahan kepada isi kandungan, bentuk atau apa-apa juga perubahan pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan kepada pelawat/anda.

Laman sesawang ini (www.bukuresepi.com) mennyediakan akses kepada World Wide Web (WWW), termasuk pautan/link kepada laman sesawang lain. Sebaik pelawat/anda meninggal www.bukuresepi.com ( termasuk melalui pautan daripada www.bukuresepi.com), pihak kami tidak mempunyai kuasa atau kawalan terhadap maklumat yang akan anda akses dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan anda di laman sesawang yang lain. Anda melayari laman sesawang lain di atas risiko anda sendiri.

Sekiranya ada maklumat di www.bukuresepi.com didapati tidak sesuai, salah, bercanggah dengan mana-mana pihak pada hemat pelawat/anda, sila hubungi pihak kami segera. Kami akan menyemak dan timbangkan untuk membuang atau membaikinya.

Sebarang kerugian, kehilangan libiliti anda, kecederan atau apa-apa juga yang bersifat negatif yang terjadi disebabkan oleh penggunaan isi kandungan atau informasi seperti resepi di www.bukuresepi.com, pihak kami tidak akan bertanggungjawab. Risiko melayari dan menggunakan laman sesawang ini adalah di atas anda sendiri.

Pengakuan Reliabiliti

Pihak kami tidak memberi sebarang jaminan berkenaan dengan keadaan atau fungsi www.bukuresepi.com, kesesuaian penggunaan, atau servis laman sesawang ini akan dalam keadaan terganggu.

Kami tidak dapat memastikan bahawa laman sesawang ini adalah sesuai atau wujud untuk digunakan di setiap kawasan di seluruh dunia. Dengan menggunakan laman sesawang ini, anda tertakluk kepada undang-undang di kawasan anda. Anda perlu berhenti menggunakan laman sesawang ini dengan kadar segera sekiranya penggunaan laman ini menyalahi undang-undang di kawasan anda.

Pengakuan Kerosakan

Dengan menggunakan laman ini atau sebahagian darinya ( termasuk blog atau mana-mana tempat), anda boleh anggap semua risiko yang ada di laman ini, termasuk risiko mempercayai atau bergantung kepada kandungan di dalam laman ini; atau kepada komputer, software atau data rosak.

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan atau apa-apa bersifat negatif yang anda akan alami yang disebabkan penggunaan laman ini.

Isi Kandungan yang Disumbangkan

Sekiranya anda menghantar atau memuat naik isi kandungan ke laman ini, anda dianggap bersetuju untuk menerima dan mematuhi terma dan syarat seperti di bawah. Di dalam Terma dan Syarat ini, Isi Kandungan yang dimaksudkan ialah blog, komen, resepi, artikel atau apa-apa isi kandungan yang dihasilkan atau dikongsi daripada pelawat/anda.

Anda perlu sentiasa bertanggungjawab dengan semua isi kandungan yang dihantar oleh anda di laman ini. Anda tidak boleh memberi atau berkongsi isi kandungan yang menyalahi mana-mana undang-undang atau bercanggah dengan hak cipta mana-mana organisasi/ hak individu. Anda juga perlu bersetuju untuk tidak berkongsi isi kandungan atau menggunakan laman ini dalam cara yang serangan, ugutan, memalukan, menyindir, salah atau tidak tepat.

Kami tidak memberi jaminan bahawa maklumat yang dikongsi oleh anda/pelawat di laman ini akan diolahsuaikan namun kami juga mempunyai hak untuk memeriksa/membuang/menolak/mengubah isi kandungan pada bila-bila masa jika perlu ( termasuk blog, resepi atau komen).

Namun, sekiranya apa-apa kerugian, kerosakan atau kemusnahan libiliti disebabkan isi kandungan anda, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.

PENAFIAN

Sebarang penyalinan semula ke dalam blog adalah dibenarkan dengan KEIZINAN dan perlu menyatakan dan menyertakan sumber www.BukuResepi.com sebagai tanda penghargaan.Sebarang penerbitan secara bercetak untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dari pihak BukuResepi.com.

Segala resepi dan gambar didalam BukuResepi.com hak milik sahabat BukuResepi dan BukuResepi.com kecuali disertakan sumber yang diambil. Tindakan akan diambil kepada mereka yang melanggar Terma & Syarat yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan & masalah atau hubungi kami sila email kami di bukuresepidotcom[at]gmail.com

Sekian, Terima Kasih
Admin BukuResepi