TIPS UNTUK JADIKAN ANDA PAKAR MEMBUAT NASI LEMAK

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

TIPS UNTUK JADIKAN ANDA PAKAR MEMBUAT NASI LEMAK

Bercakap mengenai nasi lemak , pasti anda terbayangkan rasa sambal yang menyengat enak , dicampur dengan lemak rasa nasi putih yang berderai elok dan berlaukkan ikan bilis yang rangup atau apa -apa lauk kesukaan anda. Tapi bila tiba untuk membuat nasi lemak , semua itu hilang dan diganti dengan rasa lemau , tawar dan entah apa lagi . Jadi kami keluarkan artikel ” Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak ” ini khas untuk anda yang berada dalam situasi di atas .

Segala tips dalam membuat nasi lemak ini sudah terbukti keberkesanannya dan kami amat sarankan untuk anda mengikuti tips dan petua yang telah kami beri ini .

Tips Untuk Jadikan Anda Pakar Membuat Nasi Lemak

  1. Untuk dapatkan nasi yang berderai dan tidak melekat , tambahkan satu sudu minyak masak ke dalam periuk . Minyak masak juga boleh ditambah bila nasi telah kering dan gaul nasi sehingga sebati . Mesti cuba tips ini.
  2. Campurkan santan bersama air pada nisbah 1 : 1 untuk mendapatkan nasi lemak yang betul sedap dan cantik .
  3. Tumis sambal pada api sederhana kecil dan menggunakan minyak masak yang banyak sehingga sambal betul-betul kering . Selepas kering , minyak dikeluarkan dan masukkan perasa anda. Pasti sambal menjadi enak dan pekat.
  4. Tips mendapatkan sambal yang cantik adalah dengan memasukkan gula perang semasa menumis sambal . Gula perang akan membuat sambal nasi lemak anda kelihatan merah pekat dan enak.
  5. Masukkan selabu bawang besar yang dipotong empat bersama bahan biasa lain ke dalam nasi untuk nasi yang lembih wangi dan manis secara semula jadi .
  6. Cara mendapatkan bilis rangup , goreng ke dalam minyak yang cukup panas dengan banyak pada api sederhana . Jangan tunggu sehingngit. Sentiasa kacau .
  7. Nasi lemak tahan lama dan berbau harum bila santan dikurangkan seperti tips no 1 dan masukkan juga daun pandan bersama sedikit garam . Pasti nasi lemak anda bertahan lebih lama tidak mudah basi dari kebiasaan.

Teruja hendak mencuba resepi nasi lemak dengan tips kami berikan ?

Memang anda patut teruja . Insyaallah nasi lemak anda menjadi lebih sedap selepas amalkan tips dan petua yang telah kami berikan ini.

Share.

About Author

BukuResepi.com merupakan laman web perkongsian resepi, tips, dan maklumat berkaitan Resepi dan masakan.

Leave A Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.