Breaking News

Resepi Cheese Tart Buncit

Resepi Cheese Tart Buncit

Ok hari ini admin nak share resepi Resepi Cheese Tart Buncit, Jom lihat caranya dibawah

BAHAN -BAHAN SHELL TART :

  • 250gm butter suhu bilik
  • 100gm gula ising
  • 500gm tepung gandum
  • 1bji kunng telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1sb air sejuk

CARA MEMBUAT SHELL TART :

  1. Mix butter dn gula ising hingga sebati..guna spatula pun boleh
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.gaul sebati
  3. Masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais..uli hingga menjadi doh
  4. Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm.cucuk dasar doh dgn garfu
  5. Bakar pada suhu 120°c api atas bawah 20-25mnt atau higga masak..SUHU BEGATUNG PADA OVEN MASING

BAHAN -BAHAN CHEESE BUNCIT  ( angaran dapat 120pcs )

  • 250gm cream cheese
  • 50gm ising sugar
  • 1sb butter
  • 1sb non dairy whipping cream
  • Telur di kocok..sukat anggaran 2sb

CARA MEMBUAT CHEESE BUNCIT

  1. Cream cheese di biar kn di luar slepas keluar peti ais..selama 5mnt
  2. Mix cream cheese,gula ising dan butter hingga sebati..kurang ketulan..agaran mnt..jgn mix terlalu lama..cheese akan cair xboleh di paip tggi
  3. Masuk kn whip cream dn telur 2sb..mix sebati je..jgn lama nnti cheese cair
  4. Masuk kan cheese ke dlm paiping bag..potong muncung piping bag angaran 2 atau 2.5cm untuk acuan 4.5cm
  5. Cedia kan shell tart yg dah di isi filling..mula paip cheese secara menegak..tekan tarik, tekan tarik.
  6. Untuk menghasilkan cheese buncit,perlu paip cheese dgn banyak sebab itu masa mix cheese tak boleh sampai cair
  7. Bakar pada suhu 50-90° api atas bawah slama 8mnt( untuk oven kecil) suhu ikut pada oven masing2
  8. Suhu tak boleh terlalu tinggi sebab nanti cheese cair melimpah dari shell, Guna suhu rendah jangka masa di lama kan
    UNTUK TAHU CHEESE DAH DI MASAK..CUIT2 SEDIKIT DI PEMUKAAN CHEESE..JIKA TIDAK LEKAT DI JARI..BERMAKNA CHEESE DAH MASAK
  9. Cheese di simpan dalam peti sejuk baru di makan. Cheese tahan 5 hari selepas di bakar

(Semasa nak buat bnde lain contoh baru nk susun shell tart..simpan dulu cheese yg dah di masuk kan kedalam piping bag ke dalam peti ais..supaya cheese kekal sejuk)

RESEPI UNTUK DEKO CHEESE TART BUNCIT

Untuk cheese yg boleh di simpan dan di guna semula, simpan dlm peti ais beku (Tahan Selama 1 bulan)

BAHAN-BAHAN UNTUK DEKO CHEESE TART BUNCIT

  • 50gm cheese
  • 10gm ising sugar
  • Wrna kesukaan

CARA-CARA MEMBUAT DEKO CHEESE TART BUNCIT

  1. Untuk resepi deco ni..nak di bakar sekali dgn cheese buncit pun boleh. Kalau nak deco selpas cheese buncit di bakar pun boleh,sebab cheese deco ni tak ada telur. So tak di bakar pun tak apa
  2. Mix je cheese dgn ising sugar sampai sebati kemudian letak warna dan gandakan adunan kalau nak banyak

#cheese tart biasa
Resepi sama je yg buncit tadi cuma cheese biar pada suhu bilik..250gm tu..dan telur grad A pakai 1 biji terus dan bakar tu suhu tggi sikit..oven kecik 120°c 10mnt..sama jugak bila nk thu dah masak sentuh pemukaan cheese tak lekat pada jari..
(Jgn bakar lama sgt..nti cheese merekah pecah..terlebih masak)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.